Cara Memasang Umpan III
Cara Memasang Umpan Ketam
Salah satu umpan yang jarang di gunai oleh pemancing adalah ketam dan ia boleh digunakan secara seekor atau secara keratan mahu pun hidup atau yang sudah mati. umpan ketam adalah yang paling saya gemari sekali pabila saya memancing ikan seperti ikan keterap atau bayan . Umpan ini boleh juga digunakan untuk memancing ikan kerapu terutamanya kerapu merah dan kerapu tikus. Umpan ini boleh digunakan di gunakan di laut dan muara. dan di sungai.
Cara menyimpan Umpan
Terdapat banyak jenis ketam yang dijumpai di pengairan negara kita dan boleh dikatakan beberapa jenis sahaja yang boleh digunakan dari jenis ketam batu,ketam nyiur, ketam biru atau ketam renjong dan sejenis ketam yang kecil yang selalu dijumpai di kawasan hutan bakau. Ketam kecil ini namanya saya tidak pasti tetapi ia bersaiz lebih kurang sebesar duit siling 20-50 sen dan berwarna coklat. Bagi penggunaan ketam kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana ketam yang mati dan busuk tidak akan menarik minat ikan untuk memakannya. Seboleh bolehnya gunakan ketam yang segar dan baik .
Cara untuk menyimpan ketam yang mati supaya ia akan selalu segar adalah untuk membungkus nya dengan kertas seekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais yang dihancurkan.( buried in crushed ice). Sekiranya boleh, lebih baik ketam dibekukan terlebih dahulu. Tentukan setiap bungkusan hanya terdapat se ekor sahaja. Dengan membuat begini kita akan hanya mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan membazirkan yang lain .
Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat menyimpan umpan hidup (life bait well) maka bolehlah anda menyimpan ketam hidup di dalamnya.. Anda perlu menentukan bahawa terdapat air yang mengalir selalu di dalamnya serta minyak tidak masuk ke dalam tempat menyimpan ketam tersebut. Sekiranya bot anda tidak mempunyai tempat menyimpan udang tersebut maka anda boleh menyimpannya di dalam kotak dengan memasukkan air masin sedikit dan tentukan anda menyimpannya di tempat yang teduh dan elakkan dari pancaran matahari secara terus (direct sunlight). Untuk perjalanan yang jauh masukkan ais sebesar dua penumbuk dalam plastik dan ikatkannya , kemudian masukkan ais ini ke dalam tempat simpan ketam bersama ketam hidup tersebut. Siramkan sedikit air setiap 4 jam supaya badan ketam tersebut tidak kering.

Cara Mencangkuk Umpan
Ketam Hidup
Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk udang tersebut, apa yang penting adalah cara kita mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor iaitu :
a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa mengguna umpan ketam hidup kerana sekira kail itu terlalu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan udang. Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 4/0 adalah yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat daripada aloi (alloy ) atau "carbon steel" kerana kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah sangat ringan.

b. Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural) serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya "wire leader" digunakan cubalah menggunakan yang paling halus sekali. Bagi saya , "wire leader" yang saya selalu gunakan adalah dari jenis 15 paun hingga 60 paun sahaja. Dan sekiranya saya tidak menggunakan "wire Leader" saya menggunakan "mono leader" antara 40 paun hingga 80 paun dengan kail dari jenis "kirby " yang mempunyai mata yang mendongak ke tepi (off set point).
Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat beberapa cara untuk mencangkuk umpan ketam yang hidup. Sekiranya ketam itu terlalu besar maka kita bolehlah memotongnya atau menggunakan sebahagian dari ketam tersebut. Untuk mengcakuk kail pada ketam kita boleh mencangkuknya pada bahagian antara kaki ketam tersebut atau antara penyepit ketam seperti dipaparkan di bawah. Saiz yang sesuai digunakan sekiranya memancing dengan menggunakan ketam se ekor bergantung pada saiz ikan yang dipancing. Saya syorkan saiz ketam tidak melebihi 3 inci garis lentang.

Kita boleh juga mencangkuk ketam tersebut secara sebahagian atau secara mengumpulkan beberapa kaki ketam ( lebih kurang 3-5) dan mencangkuknya pada mata kail atau menggunakan sepitnya dengan mencangkuk pada bahagian tengah penyepit. |
Bagi umpan yang segar atau mati pula maka kita boleh menggunakan kaedah di atas atau mencangkuk melalui se ekor ke badan ketam tersebut atau beberapa ekor sekali sekiranya ia kecil. Ketam mati dan busuk tidak boleh digunakan kerana ia tidak menarik perhatian ikan yang kita buru.
Saya berharap apa yang dikemukakan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cara menggunakan umpan ketam dengan jayanya. Ingat ikan pun cerawat juga, kalau umpan itu tidak segar atau penyampaian yang kita berikan tidak menarik nescaya ikan yang kita idamkan tidak akan makan umpan kita. Jaga lah umpan dengan baik dan saya percaya anda pasti akan berjaya mendapat ikan idaman anda. Jumpa lagi pada minggu hadapan di mana kita akan berbincang tentang umpan yang lain pula.